Keadilan bukan hanya cari punca kematian Zara

Oleh LIYANA MARZUKI

Sejak 1989, dunia menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).

Artikel 3 berbunyi:
“In all actions concerning children, the best interests of the child shall be a primary consideration.”

Dalam setiap tindakan melibatkan kanak-kanak, kepentingan kanak-kanak itu seharusnya diutamakan.

Malaysia meratifikasi CRC pada 1995.

Maka lahirlah Akta Kanak-Kanak 2001, dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

Prinsipnya jelas: Apabila anak kecil jadi saksi, undang-undang mesti letak kebajikan mereka di hadapan — lebih utama daripada sensasi berita atau kepuasan orang ramai.

Itulah sebabnya dalam inkues Zara, mahkamah menutup pintu media semasa keterangan kanak-kanak.

Bukan kerana mahu sembunyi, tetapi kerana “kebajikan anak” itu mesti dijaga.

🌍 AMALAN DUNIA LAIN

♦️ UK: kanak-kanak beri keterangan melalui video link.

♦️ Australia: bilik mesra kanak-kanak dengan kaunselor menemani.

♦️ Canada: hakim benarkan skrin pemisah supaya anak tidak perlu tatap tertuduh.

♦️ PBB (UN Guidelines 2005): hak anak untuk didengar, dilindungi dan tidak didiskriminasi.

Tiada kesan tanda penderaan pada tubuh Zara Qairina Mahathir ketika tiba di hospital pada 16 Julai lalu.
⚖️ 5 SAKSI KANAK-KANAK ZARA (SETAKAT 26 SEPTEMBER 2025)

Kita hayati pula testimoni lima saksi kanak-kanak dalam inkues setakat ini.

🟦 Saksi 1 – Rakan karib

♦️ Sejak Mac–April, Zara pernah bertanya: “Kalau saya terjun tingkat tiga, apa jadi?”
♦️ Tunjuk luka di lengan, digelar “barcode”.
♦️ Hujung minggu 11–12 Julai: disuruh mencuci pakaian hingga jam 2 pagi; pulang ke asrama tegang, tak beri salam ikhlas.

🟦 Saksi 2 – Pelajar sebilik

♦️ Malam 15 Julai: dituduh curi dompet RM300 → Zara bersumpah “Wallahi” tidak ambil. Penuduh akhirnya percaya.
♦️ Seorang lagi tuduh curi pin bendera; pelajar lain mengejek dengan kata kesat (“bodoh, sial, injak”).
♦️ Surat privasi Zara yang menyatakan cita-cita mahu jadi pengawas BADAR dipamer dan diejek → Zara menangis, lari keluar dorm.

🟦 Saksi 3 – Rakan sekolah lain

♦️ Berkata Zara sering menyebut mahu mencederakan diri.
♦️ Ungkapan seperti “Saya tidak layak hidup, baik saya mati ja” pernah didengari lebih 10 kali sejak April.
♦️ Zara juga merungut tidak disenangi kawan, dan sering merendahkan diri.

🟦 Saksi 4 – Pelajar dorm lain

♦️ Malam konfrontasi ~10 malam: pelajar senior jerit, “aku injak la kepala ko ni Zara”.
♦️ Ejekan kasar: “anjing, gila, bodoh, sial” kedengaran sepanjang 20 minit konfrontasi.
♦️ Suasana dorm tegang, Zara duduk bersila di lantai berdepan senior.
♦️ Saksi kata Zara tidak disentuh secara fizikal & tidak menangis pada masa itu.

🟦 Saksi 5 – Ahli geng ‘Circle 19’

♦️ Dedah kewujudan geng ‘Circle 19’ (19 pelajar satu tingkatan, kawan rapat).
♦️ Zara dituduh curi dompet, disuruh bersumpah; Zara lafaz “Wallahi” menafikan.
♦️ Pin bendera ditemui dalam beg → Zara tetap kata “bukan dia”.
♦️ Zara duduk di lantai, diejek dengan kata-kata kesat. Surat pribadinya dijumpai & diketawakan.
♦️ Saksi sahkan Zara ceria, peramah, tiada tanda masalah mental sebelum kejadian.

📌 RUMUSAN TESTIMONI

Jika kita perhalusi 5 saksi kanak-kanak ini:

🧩Gambaran Zara: jiwa rapuh, tertekan, sering direndahkan diri.
🧩Peristiwa malam terakhir: tuduhan curi, ejekan kasar, konfrontasi panjang.
🧩Dinamika sosial: wujud geng rapat (‘Circle 19’), suasana dorm berhierarki.
🧩Konflik: antara sumpah “Wallahi” Zara dengan ejekan rakan².
🧩Kontras: sahabat kata Zara ceria dan peramah.

⚖️ BAGAIMANA MAHKAMAH NILAI KETERANGAN ANAK

🟦 KEBOLEHAN (COMPETENCY)
♦️ Akta Keterangan 1950 s.118: sesiapa yang faham soalan & boleh jawab munasabah, boleh jadi saksi. Termasuk kanak-kanak.

🟦 TANPA SUMPAH (UNSWORN TESTIMONY)
♦️ s.133A: jika anak tak faham erti sumpah, keterangan masih diterima jika dipercayai benar (namun perlu corroboration untuk sabitan jika keterangan itu tidak bersumpah).

🟦 SOKONGAN (CORROBORATION)
♦️ Mahkamah lazimnya cari bukti sokongan lain (dokumen, saksi, forensik) untuk pastikan cerita anak selaras dan boleh diterima.

🟦 PERLINDUNGAN (PROTECTION)
♦️ Evidence of Child Witness Act 2007 benarkan in-camera, penggunaan skrin, atau video recording. Media boleh dilarang demi elak trauma.

🟦 KEPENTINGAN ANAK DI ATAS SEGALANYA
♦️ Semua tindakan mesti berpaksikan ‘best interest’ tadi: suara anak mesti didengar, tapi jiwa anak mesti dipelihara.

📖 APA KITA BELAJAR?
🧩 Suara anak kecil tetap boleh jadi suara kebenaran.
🧩 Undang-undang lindungi mereka, bukan sembunyi cerita.
🧩 Testimoni mesti ditimbang dengan hati-hati & disokong bukti lain.
🧩 Best interest of the child = jiwa mereka mesti dipelihara.

🕊️ PENUTUP

Keadilan bukan sekadar mencari punca kematian Zara.

Ia juga tentang menjaga rakan-rakannya, supaya tidak retak jiwa ketika menuturkan kebenaran.

Salah tetap salah. Biar mahkamah jalankan tugas. Cuma biarlah hukuman kepada anak-anak ini setimpal dengan tindakan mereka.

Bukan kerana dendam kesumat orang dewasa. Setakat ini kita hanya mampu menelah dan menduga. Namun, perlu henti buruk sangka — kepada Zara, mahupun sesiapa saja.

Keadilan perlukan masa. Doakan ia muncul dengan sebaik-baiknya, daripada Yang Maha Esa.
Kerana bukan sahaja best interest itu untuk saksi, tetapi lebih penting untuk Zara sendiri.

Beliau tidak boleh lagi mempertahankan diri. Di alam sana beliau menanti.

BACA JUGA ADUN Pas janji lawan saman fitnah DAP ‘sampai mati’, kenapa minta maaf pula?