Belum pun 30 September, walaun dah keluar ‘drama di stesen minyak’
Tular satu hantaran di media sosial oleh pengguna bernama mc.nazs kononnya payah untuk mengisi minyak di stesen Petronas menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Menerusi catatan dengan tanda pagar “drama di stesen minyak” itu, dia menggambarkan situasi si isteri yang diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu ketika mahu mengisi petrol.
Kononnya, disebabkan wanita berkenaan tidak memiliki lesen, pekerja kaunter menolak transaksi tersebut dan meminta menggunakan MyKad dan lesen memandu milik si suami.
Walau bagaimanapun, dakwaan penyokong pembangkang itu tidak berasas memandangkan pelaksanaan rasmi BUDI95 untuk semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas hanya akan bermula pada 30 September ini.

Rata-rata mengecam tindakan pihak penyokong pembangkang yang terdesak untuk mengecam kerajaan berhubung pelaksanaan BUDI95.
Walhal, BUDI95 bertujuan untuk memastikan subsidi petrol RON95 lebih tersasar kepada rakyat Malaysia yang layak, serta mengurangkan ketirisan subsidi.
Hari ini, sistem subsidi bersasar di lebih 4,200 stesen minyak hanya membabitkan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis.
Mereka kumpulan pertama yang layak membeli RON95 pada harga RM1.99, sehingga 300 liter sebulan diikuti 5 juta golongan B40 atau penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) esok.
Seterusnya, semua warganegara layak yang mempunyai lesen memandu aktif boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September iaitu Selasa nanti.
BACA JUGA 300,000 anggota tentera, polis mula nikmati BUDI95 hari ini