Menjawab tuduhan PU Syed terhadap PM DS Anwar Ibrahim

OLEH: SYAM GHAZ

Pu Syed yang dihormati,

Saya baca surat saudara dengan hati yang terbakar — bukan kerana marah buta, tetapi kerana sayu melihat penderitaan saudara kita di Gaza. Terima kasih kerana tidak senyap. Biarlah saya jawab secara terus terang, selamba dan tegas — kerana isu ini sudah terlalu lama dipandang ringan oleh mereka yang berlagak bijak.

Pertama (1), soal jemputan Donald J. Trump. Saudara kata: “Patut batalkan jemputan!”

Baiklah, faham marah saudara — Trump itu nama besar; nama yang disangkutkan dengan kuasa yang menyokong the whole machinery yang menumbangkan kesucian Palestin. Tapi dengar ini: menjerit di luar pagar tidak sama dengan ngomel depan muka tuan empunya rumah. Kita jemput bukan kerana kita sanjung dia, tapi supaya kita boleh pukul hujah depan dia — tunjuk video, tunjuk bukti, sebut nama yang beri senjata, sebut bank dan logistik yang bantu pembunuhan. Itu lebih memalukan bagi mereka daripada kita hanya meratap di luar.

Kedua (2), Saudara tuduh: “Trump itu boneka Zi@nis.” Betul, ramai nampak begitu.

Tetapi kerajaan pimpinan PMX bukan setakat bercakap kosong. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim penaung Sumud Nusantara — flotilla rakyat Malaysia dihantar ke laut, dibawa makanan, ubat, bantuan nyata kepada Rakyat Palestin. Kerajaan telah mengumumkan dan meluluskan RM200 juta dan tambahan RM100 juta lagi untuk pembangunan semula Palestin — bukan slogan, tetapi wang tunai untuk makanan, ubat dan pemulihan. Kita berkorban, kita bergerak. Bukannya sekadar menjerit di Tiktok, Facebook/X/Twitter dah.

Ketiga (3), kepada mereka yang suka kata: “Berunding dengan musuh bermakna lemah” — lihatlah Sirah.

Nabi ﷺ buat Perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Quraisy yang musyrik. Nampak rasa rugi masa itu, tetapi akhirnya membuka jalan Fathu Makkah. Bila kita berdepan dengan kuasa besar hari ini — Amerika, China, Rusia — bukan soal suka atau tidak. Ini soal strategi. Anwar pergi ke forum-forum dunia, bertemu pemimpin besar, undang Presiden China, jumpa Putin — semua itu untuk satu tujuan: letakkan tekanan, buka laluan bantuan, lindungi rakyat, dan cari alternatif ekonomi bila AS kenakan tarif yang memukul ASEAN.

Keempat (4), jangan lupa soal ekonomi rakyat. Tarif AS yang baru itu bukan mitos — ia nyata memberi kesan kepada negara kita dan jiran.

Jika Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia tergugat eksportnya, rakyat di kampung dan bandar akan terasa. Anwar sebagai Pengerusi ASEAN wajib berbuat sesuatu: desak AS, buka pasaran alternatif, rangkul BRICS & rakan serantau supaya beban tidak ditolak bulat-bulat kepada rakyat marhaen. Itu bermakna diplomasi aktif — bukan hanya demonstrasi yang viral 3 hari lalu.

Kelima (5), ayat yang pedih: “Palestin hancur lebur, padang jarak padang terkukur.”

Itu bukan hiperbola — itu realiti. Rumah-rumah musnah, sekolah jadi runtuhan, kubur jadi reruntuhan. Kita tengok gambar, kita dengar tangisan, kita rasa darah kering di hati. Dan sebab itulah Malaysia tidak hanya bercakap. Kita hulur bantuan, kita hantar kapal-kapal kecil rakyat (flotilla), kita bersuara di UN, OIC dan forum antarabangsa — lantang, berani, dan tidak malu untuk menuduh mereka yang membantu pembunuhan beramai-ramai.

Yang lebih penting, suara Anwar di pentas dunia kini mendapat perhatian. Malaysia, sebuah negara kecil, menjadi suara lantang mengecam Israel tanpa kompromi. Tidak ramai pemimpin dunia yang berani bersuara setegas ini, namun suara Malaysia telah memberi inspirasi. Lihatlah bagaimana gelombang diplomasi pro-Palestin semakin meluas: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan pengiktirafan Palestin, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menyuarakan sokongan terbuka terhadap pengiktirafan negara Palestin di UNGA, dan beberapa negara Barat lain termasuk UK dan Kanada turut bergerak ke arah sama. Perubahan ini tidak berlaku dalam vakum, tetapi hasil gabungan tekanan global termasuk suara lantang dari pemimpin dunia Islam seperti Anwar yang tanpa gentar menegur Israel di forum antarabangsa.

Keenam (6, kepada saudara yang mahu demonstrasi besar: pergi, berarak — sah-sah itu hak. Tapi jangan bagitau Kerajaan supaya batalkan jemputan dan tutup semua pintu dialog.

Dialog itu senjata kita juga. Lebih memalukan bila mereka duduk di meja perbincangan dan kita hanya merapu di luar pintu. Kalau PMX boleh buat mereka berdiri malu di sana, itu lebih berkesan: hadapkan kamera, hadapkan bukti, undang mereka jawab soalan — bukankah itu lebih besar impaknya?

Akhir kata, saya tak pakai bahasa halus sahaja. Saya kata terus: Israhell — nama yang banyak orang guna untuk sebut rejim yang menindas; puak-puak itu telah buat Palestin ranap.

Kita kutuk mereka. Kita kutuk juga sesiapa yang menyokong logistik, dana atau undang-undang yang membolehkan pembunuhan berleluasa. Tapi kita mesti bijak: gunakan undang-undang antarabangsa, gunakan forum, pancing mereka ke meja — dan ketika itulah kita jawab, kita dedahkan, kita malu-kan mereka di khalayak dunia.

Tindakan Malaysia nyata: dana ratusan juta, flotilla rakyat, bantuan kemanusiaan, desakan di UN, tekanan di ASEAN, dan usaha rundingan untuk selamatkan nyawa. Dan jika saudara masih rasa itu tak cukup, mari bersama-sama kita kuatkan lagi — ambil bahu, turun padang, bawa kotak makanan, derma, sebarkan bukti, desak wakil parlimen, jangan tinggal di belakang meja saja.

Penutup: Rasulullah ﷺ mengajarkan hikmah berunding — Hudaibiyah menjadi bukti bahawa rundingan dengan musuh boleh membuka jalan kemenangan. Dan firman Allah:

“وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ”

(Surah al-Anfal: 61 — “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya; dan bertawakkallah kepada Allah.”)

Dan hadis sahih yang mengingatkan kita tentang Hudaibiyah, diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menunjukkan bagaimana Perjanjian yang pada awalnya nampak berat akhirnya membawa kepada kemenangan besar umat Islam.

Yang benar,

PU Syam Ghaz

P/s: Tiba-tiba saya jadi PU pula, eloklah Astro batalkan istilah PU ni. Banyak PU yang ‘merapu’ dah sekarang.