Saya setuju Bala baca Quran, tapi…
Bekas Imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah berkata, beliau tiada masalah apabila Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), N Balasubramaniam membaca ayat al-Quran dalam Muktamar Pas Ke-71.
Bagi beliau, apabila orang bukan Islam cuba memahami ayat Quran, ia adalah terbaik, malah berpendapat mudah-mudahan dia diberikan hidayah untuk memeluk Islam.
Pun begitu kata beliau, apa yang menjadi titik masalah adalah Pas sendiri yang gegak gempita apabila orang bukan Islam dari parti lain cuba membaca terjemahan Quran.
“Mudah-mudahan dia baca, biar dia mengaji, biar dia belajar sikit-sikit. Salah, betul itu orang Islam berlambak salah baca al-Quran. Jadi kalau dia baca tu salah, tolong betulkan lah.
“Cuma masalahnya Pas ini, kalau dalam parti lain (contoh) DAP ke baca, mereka marah selalu. Habis bertempik-tempik marah dalam ceramah. Bawa keluar fatwa, amanat, hukum dan macam-macam lagi.
“Bila giliran dia di muktamar, (ahli dia) bukan baca terjemahan, baca Quran terus,” katanya dalam satu video di Facebook beberapa hari lalu.
Ustaz Zuliadin berkata, walaupun dia tidak mempunyai masalah dengan orang bukan Islam yang cuba membaca Quran, namun beliau tidak bersetuju jika golongan itu menggunakan ayat Quran untuk ditujukan kepada kumpulan mereka sendiriÂ
Dalam kes Bala contohnya, perjuangan yang disebut oleh Allah di dalam Quran hanya merujuk kepada perjuangan orang Islam, bukan perjuangan orang kafir.
“Cuma yang kita tak setujunya, dia baca ayat itu, dia kaitkan dengan DHPP. Tak boleh lah. Ayat itu untuk orang Islam, bukan orang kafir. Dah dia salah, tegurlah dia
“Jelaskan ayat itu tidak termasuk untuk orang kafir. Ini untuk orang Islam sahaja. Tapi konteksnya adalah ayat Allah itu untuk orang Islam yang berjuang.
“Ambil ayat itu nak kabo Allah taala juga suka dia, (bahawa kononnya) dia juga berjuang pada jalan Allah ini… Oh tidak. Tak masuklah. Orang kafir tak masuk. Kita pakat betulkan bahagian ini lah,” katanya.
BACA JUGA Penebusan SARA tertinggi di empat negeri SG4 bukti MyKad tak beban penduduk kampung