BUDI95: Operasi stesen minyak baik dan terkawal
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) berjalan lancar dengan operasi stesen minyak di seluruh negara dilaporkan baik.
Menurutnya, keadaan di stesen minyak terutama pada waktu puncak berdasarkan pemantauan awal adalah terkawal.
“Hari ini, kita tengok stesen-stesen minyak umumnya termasuk pada waktu puncak lancar, dan ini bukan berlaku secara spontan…
“Ini berlaku kerana perancangan yang begitu rapi,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.
Beliau menambah kejayaan terbesar BUDI95 adalah pembelian petrol RON95 dengan pengesahan kad pengenalan, atau MyKad, dapat dilaksanakan di pam stesen minyak.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah bantu untuk melakukan naik taraf sistem di terminal stesen minyak melalui kepakaran dan bahagian teknologi maklumat JPN… kita membantu 4,000 syarikat minyak seluruhnya (untuk pelaksanaan BUDI95),” kata beliau lagi.
BACA JUGA Pengguna ingatkan harga sebenar RON95 bersubsidi terpampang di resit