Anwar buat panggilan video dengan peserta Sumud Flotilla, titip kata semangat

Di saat rakyat Malaysia berdebar menantikan perkembangan terkini peserta Global Sumud Flotilla ke Gaza yang kini telah memasuki zon kuning, Perdana Menteri menenangkan keresahan ramai dengan mengadakan panggilan video bersama para peserta Malaysia. 

Panggilan video beramai-ramai itu dilakukan petang tadi bersama lebih 25 peserta Malaysia yang dalam keadaan selamat dan masih bersemangat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penaung bagi misi Sumud Flotilla ini memberi jaminan kepada para peserta bahawa Kerajaan Malaysia berusaha sedaya upaya untuk memberi bantuan kepada kapal-kapal mereka sepanjang pelayaran.

Beliau menitipkan doa untuk keselamatan para pejuang dari Malaysia yang dalam misi kemanusiaan membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan sebagai usaha solidariti antarabangsa kepada rakyat Gaza.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sumud Nusantara Command Centre di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang, Selangor. 30 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permi

“Kita doakan. Di markas kita di sini pun memang kita kena pantau sebab musuh-musuh juga sedang merasa resah kerana melihat semangat saudara-saudara itu luar biasa.

“Kita kagum dengan semangat saudara-saudara, dan in shaa Allah bagi pihak kerajaan kita akan terus bantu apa yang tak cukup.

“Saudara mungkin tak dapat bayangkan tapi saya nak bagitahu di sini, saya selaku penaung awal, sekarang dapat banyak sokongan dari rakan rakan dunia yang telah lihat contoh dari Malaysia. Saya lakukan itu kerana semangat rakan-rakan,” katanya dalam satu sesi siaran langsung ketika membuat panggilan video dengan para peserta petang tadi.

Beliau menzahirkan penghargaan, menyifatkan kekuatan 34 anak Malaysia yang menyertai misi ini sudah menjadi satu kekuatan sejarah dalam perjuangan menegakkan keadilan, membela nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Pada jam 10 pagi tadi, semua kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotila ke Gaza telah melepasi zon kuning.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan berkata, kapal tentera laut Turkiye juga masih mengiringi mereka.

BACA JUGA Warga Indo bengang tak boleh isi RON95, dakwa dah 40 tahun duduk Malaysia