Ini amaran keras PM jika Israel bertindak rampas kapal Sumud Flotilla

Malaysia tidak akan teragak-agak membuat bantahan yang keras serta menyuluruh jika kapal misi Global Sumud Flotilla ke Gaza dirampas oleh Israel.

Beliau berkata, Malaysia akan sedaya upaya berhubung dengan dengan pelbagai negara termasuk kuasa besar dunia untuk membantu.

“Kita akan memulakan bantahan yang keras serta menyeluruh dan saya akan sedaya upaya menghubungi semua pihak termasuk negara-negara yang telah mengemukakan usul (perdamaian), khususnya Itali, Sepanyol dan Turkiye, serta dengan dukungan dari China.

“Kita juga lihat keupayaan dan ikhtiar yang dikemukakan oleh Perancis dan Arab Saudi, yang turut kita hubungi kerana mereka mahu usulkan (cadangan) perdamaian,” kata beliau menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Central Warehouse.

Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan menjalin hubungan rapat dengan negara Barat, Arab dan kuasa besar lain termasuk Amerika Syarikat bagi memastikan suara rakyat Palestin didengari pada peringkat antarabangsa.

“Saya harap rakan-rakan kita di medan juang tidak sama dengan celoteh-celoteh di sini, (kerana) mereka faham makna rundingan dan desakan supaya pimpinan dunia, khususnya Amerika Syarikat menerima kenyataan serta tuntutan masyarakat dunia,” kata beliau.

BACA JUGA Anwar buat panggilan video dengan peserta Sumud Flotilla, titip kata semangat