Kuota BUDI95 diperbaharui hari ini

Kuota 300 liter bagi subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), diperbaharui hari ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata, perkara berkenaan selaras dengan pembaharuan kuota BUDI95 pada hari pertama setiap bulan.

“Hari ini 1 Oktober, maka jumlah kuota dikembalikan kepada 300 liter.

“Jadi, sesiapa yang sudah membeli RON95 menggunakan BUDI95 semalam, hari ini kuota kembali kepada jumlah 300 liter,” katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurutnya, Kementerian Komunikasi, Kementerian Kewangan serta syarikat pengendali stesen minyak, akan mengeluarkan kenyataan jika terdapat sebarang maklumat tidak betul atau kekeliruan mengenai program subsidi itu dari semasa ke semasa.

BACA JUGA Nyaris jadi mangsa scam ‘beli ikan 5 kg percuma 2 kg’, pegawai bank pun terkejut