Israel biadab pintas 3 kapal Sumud Flotila, tahan aktivis

Tentera pengganas Israel memintas dan menaiki tiga kapal Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa.

GSF memaklumkan, tiga kapal dikenali sebagai Alma, Surius dan Adara menjadi sasaran pemintasan dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam waktu Gaza iaitu 1.30 pagi tadi waktu Malaysia.

Aktivis iklim terkenal, Greta Thunberg yang berada di kapal Alma sudah ditahan dan dibawa naik kapal rejim zionis, lapor Al Jazeera.

Turut berada di kapal Alma dan ditahan itu adalah tiga rakyat Malaysia iaitu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Lapor Reuters, kamera siaran langsung dari atas kapal yang ditawan telah ditutup.

Sementara itu, Sumud Nusantara memaklumkan, empat rakyat Malaysia berada di kapal Sirius iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.

BACA JUGA Konvoi Global Sumud Flotila melepasi Zon Merah, teruskan doa