Semua masjid, surau di bawah Jakim, Jawi diarah adakan solat hajat, Qunut Nazilah
Semua masjid dan surau di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah untuk mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah hari ini serta esok selepas solat Jumaat.
Ia susulan tindakan biadab Israel menangkap aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan membaca Khutbah Jumaat khas berkaitan isu Palestin.
“Saya mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri turut mengambil langkah yang sama.
“Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA JUGA Kerajaan berusaha giat hubungi pelbagai pihak demi pembebasan aktivis Malaysia