STAR keluar GRS

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pimpinan Tan Sri Jeffrey Kitingan telah keluar dari Gabungan Rakyat Sabah kerana tidak bersetuju dengan keputusan GRS untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan di dalam pilihan raya negeri akan datang.

Kitingan telah mengesahkan perkara ini kepada akhbar Bahasa Inggeris The Star. Keputusannya itu telah dimaklumkan kepada majlis presiden GRS yang bermesyuarat malam tadi.

“Kita akan umumkannya hari ini,” beliau dipetik berkata.

STAR mempunyai enam ADUN termasuk Kitingan.

Parti Progresif Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee juga dijangka keluar daripada GRS.

Kitingan berpendirian bahawa Pakatan Harapan harus kekal bertanding di tujuh kawasan sahaja.

Beliau turut membangkitkan Sabah untuk rakyat Sabah.

Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor yang juga ketua Menteri Sabah tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PH.

BACA JUGA: Kerajaan berusaha giat hubungi pelbagai pihak demi pembebasan aktivis Malaysia