PM Anwar Ibrahim hubungi ketua-ketua kerajaan demi keselamatan sukarelawan Global Sumud Flotila

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beberapa ketua-ketua kerajaan demi memastikan keselamatan sukarelawan Global Sumud Flotila dari Malaysia terjamin.

Ini kerana sebilangan daripada mereka telah ditahan oleh tentera Israel.

“Sejak saya mendapat maklumat mengenai penahanan 23 rakyat Malaysia di atas Sumud Flotila, saya terus hubungi Presiden Turki Tayep Erdogan, Presiden Mesir Fatah Al- Sisi dan bersama Menteri Luar hubungi beberapa negara lain, termasuk Setiausaha Negara (Marco) Rubio dari Amerika Syarikat minta supaya mereka campur tangan, pastikan kebebasan semua yang ditahan oleh rejim Israel.

“Apa yang didakwa kesalahan mereka adalah keprihatinan mereka atas prinsip kemanusiaan, membantu yang lemah, yang kelaparan, yang sakit.

“Kalau itu tidak dapat dilakukan, maknanya nilai kemanusiaan kita tidak berharga sama sekali.

“Saya doakan agar kezaliman oleh rejim Israel dihentikan dan rakan-rakan kita dibebaskan dan saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan-rakan kita di Gaza dapat disampaikan dalam kadar segera.”

Dalam perkembangan berkaitan Israel telah mengesahkan bahawa mereka yang ditahan akan dibawa ke Israel sebelum dihantar ke Eropah.

BACA JUGA: Aktivis GSF akan dibebaskan, kata Israel