Sedekad AMANAH: Dari aktivis ke negarawan
Oleh ZAINAL LUTFI
Esok AMANAH akan mengadakan sambutan Sedekad Amanah di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Saya harap ramai yang turun terutamanya awallun Amanah. Ahli-ahli Badar parti.
Jumpa semula dengan kawan-kawan yang bersama bersusah sejak penubuhan parti. Ingat semula semangat dan tujuan kita tubuhkan parti 10 tahun lalu.
Kenalkan diri dengan ahli-ahli baharu yang mahu berjinak dengan ideologi AMANAH. Fahamkan mereka dengan ideologi kita.
Kekuatan Parti Amanah adalah pada IDEOLOGI bukan tokoh, bukan wang, bukan jawatan. Ideologi yang dipegang kebanyakan awallun.
Awallun kena kembali. Selamatkan parti dari terpesong.

Ideologi awallun perlu sentiasa hidup. Macam waktu penubuhan. Masa tu pemikiran kita sama dengan semangat yang satu dan matlamat yang jelas.
Kita adalah sebuah monolitik. Bergerak sama tak kira ruang dan masa.
Sudah-sudahlah berehat tu. Nak merajuk pun sampai bila?
Negara masih perlukan penyelamat. Bahkan dunia pun perlukan penyelamat.
Fikir 10 tahun ke depan. Ke mana kita? Ke mana parti? Ke mana negara?
Kita bukan lagi aktivis. Kita adalah negarawan. Kita sedang dalam peluang membentuk satu negara yang kita harapkan. Nak cipta sejarah baharu.
Selamat menyambut 10 tahun AMANAH.
*ZAINAL LUTFI ZAINAL FITRY merupakan Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Sembilan.