Kapal layar GSF terakhir ke Gaza ditahan Israel
The Marinette, kapal layar Global Sumud Flotila (GSF) terakhir yang menuju ke arah Gaza telah ditahan sejurus selepas memasuki Zon Merah.
Menurut Sumud Nusantara Command Centre, tentera Israel menaiki kapal berkenaan pada pukul 3.30 petang.
Ia belayar di Zon Merah 2, 66 batu nautika dari teluk Gaza.
The Marinette tidak mempunyai peserta Malaysia.
Kesemua 23 peserta Malaysia telahpun ditahan semalam.