Wan Saiful lawan Azmin: Presiden Bersatu kata begini
Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin terpaksa menenangkan ahli partinya dalam menangani krisis di antara ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung Datuk Seri Azmin Ali.
Beliau berkata bahawa Lembaga Disiplin akan menyiasat dan memutuskan perkara tersebut.
“Dalam suasana seperti ini, perkara paling penting ialah kita kekal bertenang, berdisiplin dan yakin bahawa segala isu akan diuruskan melalui saluran parti yang sah. Sebarang tindakan luar daripada saluran ini hanya akan melemahkan parti dan memberi ruang kepada musuh politik kita.
“Saya menegaskan sekali lagi bahawa Lembaga Disiplin parti telah diberikan mandat penuh untuk menyiasat dan membuat keputusan dengan adil, telus dan berlandaskan Perlembagaan parti.
“Justeru, saya meminta semua ahli memberi ruang dan kepercayaan kepada proses ini berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.”
Ekoran pendedahan Datuk Wan Saiful Wan Jan berkenaan video ‘kelabu’ Azmin, banyak pihak di dalam Bersatu menggesa Bersatu mengambil tindakan terhadap Wan Saiful.
BACA JUGA: Azmin juara merajuk, kata Wan Saiful