Pendaftaran tuntutan bayaran balik tunai bot penumpang dibuka 9hb Oktober 2025

FOTO BERITA: Sesi turun padang sempena penyerahan Kad Fleet di Stesen Minyak Petronas oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup di Petronas, Arafoil Resources Lot PT 12099 HSD Site 1A, Cyber 6, Cyberjaya. 3hb Oktober 2025 (Jumaat)

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa syarikat bot penumpang awam kini layak menerima subsidi petrol RON95 di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), sekali gus memberi manfaat kepada pengusaha bot di kawasan pulau dan sungai yang menggunakan bot sebagai pengangkutan utama

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pendaftaran tuntutan bayaran balik tunai untuk subsidi petrol RON95 akan dibuka mulai 9 Oktober 2025 melalui portal rasmi kerajaan di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Menurut beliau, kelayakan manfaat subsidi tertakluk kepada beberapa syarat utama, antaranya, syarikat bot penumpang awam yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) atau Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS);

Bot penumpang beroperasi di kawasan berpenduduk dengan perkhidmatan berjadual (contoh: Kudat–Pulau Banggi).

“Semakan status pendaftaran adalah penting untuk melayakkan syarikat membuat tuntutan. Syarikat yang belum berdaftar disaran segera mendaftar dengan agensi berkaitan supaya dapat menikmati manfaat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah interim, kerajaan turut bersetuju memberikan pembayaran balik tunai kepada syarikat bot penumpang yang layak bagi tempoh 30 September hingga 31 Oktober 2025.

Melalui portal SKPS, syarikat bot penumpang perlu memuat naik dokumen sokongan seperti sijil pendaftaran perniagaan, penyata bank, senarai bilangan bot, nombor pendaftaran bot, kapasiti enjin serta resit pembelian petrol yang sah.

Melalui portal SKPS, syarikat bot penumpang perlu memuat naik dokumen sokongan seperti sijil pendaftaran perniagaan, penyata bank, senarai bilangan bot, nombor pendaftaran bot, kapasiti enjin serta resit pembelian petrol yang sah.

Pembayaran balik tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank syarikat oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas proses semakan selesai oleh agensi kawal selia pengangkutan air dan pentadbir SKPS.

Datuk Armizan menegaskan bahawa langkah ini membuktikan komitmen kerajaan untuk membantu meringankan beban kos operasi pengusaha bot penumpang, selain memastikan kelangsungan perkhidmatan pengangkutan air untuk masyarakat yang bergantung kepada bot sebagai mod perjalanan harian.
