Kritik Tun Faisal sama dengan kritik parti? soal ketua Bersatu Pendang
Timbalan Speaker Kedah Abdul Razak Khamis yang juga Adun Sg Tiang melontarkan persoalan sejak bila kritikan terhadap Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.sama dengan mengkritik parti.
Razak juga ialah ketua Bersatu bahagian Pendang.
“Saya ingin bertanya, sejak bila pula mengkritik Tun Faisal dianggap mengkritik parti? Sejak bila Tun Faisal itu adalah parti? Takkanlah begitu istimewanya dia sehingga apabila dia tersinggung maka lembaga disiplin terus panggil?
“Bagaimana pula komen-komen Tun Faisal yang jauh lebih banyak menyinggung perasaan kami diakar umbi parti?”
Ia ekoran daripada arahan Lembaga Disiplin Bersatu yang mengarahkan beliau hadir atas dakwaan membuat serangan dan ugutan terhadap Tun Faisal.
“Saya ingin mempersoalkan asas dakwaan tersebut yang mana kenyataan saya adalah berupa teguran dan peringatan kepada Tun Faisal agar beliau berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada awam.
“Peringatan saya ini bertujuan untuk mengelak dari berlaku ketegangan dan salah faham antara rakan parti gabungan.”
Pada 12 Sept, Razak menerusi akaun Facebook telah menulis artikel bertajuk ‘Amaran kepada Tun Faisal: Patuhi arahan pimpinan dan jangan rosakkan Bersatu dan PN dengan pandangan peribadi kamu’.
BACA JUGA: Wan Saiful lawan Azmin: Presiden Bersatu kata begini