‘Biar bijak berkawan, bukan macam Pas’
Naib pengerusi AMANAH Adly Zahari mengingatkan ahli-ahli parti agar bijak berkawan, tidak seperti Pas.
“Jangan jadi macam Pas. Dia bunuh kawan.
“Depan (Tan Sri) Mahiaddin (Yassin), dia kata Mahiaddin perdana menteri.
“Depan (Datuk Seri) Hamzah (Zainuddin) dia kata Hamzah perdana menteri.
“Masa pilihan raya umum nanti Hamzah berumur 71 tahun.”
Presiden Pas Tan Sri Hadi Awang telah meletakkan syarat agar calon perdana menteri kurang daripada 70 tahun.
“Pastikan janji pilihan raya dikotakan. Isikan pilihan raya.”
Beliau menambah bahawa tiada parti waima parti besar seperti Umno pun tidak ada sokongan majoriti.
Adly berkata demikian dalam Himpunan Satu Dekad Parti AMANAH Negara berlangsung dengan tema Satu Dekad Satu Misi Satu Hati di Stadium Titiwangsa.