Pagoh, Muar antara sasaran AMANAH dalam PRU akan datang
Kerusi yang dipegang oleh presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin iaitu Pagoh dan satu-satunya kerusi parlimen parti Muda yang diwakili Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Muar merupakan antara 28 kerusi yang disasarkan oleh AMANAH dalam pilihan raya umum akan datang.
Berucap di Himpunan Satu Dekad Parti AMANAH Negara berlangsung dengan tema Satu Dekad Satu Misi Satu Hati di Stadium Titiwangsa, pengarah pilihanraya Mohd Sany Hamzan mendedahkan bahawa AMANAH akan mengekalkan lapan kerusi parlimen yang telah pun dimenangi.
Sany yang juga ahli parlimen Hulu Langat turut menamakan sejumlah 20 kerusi lagi sebagai sasaran.
Ia termasuk kerusi – kerusi di mana calon AMANAH mendapat undi kedua tertinggi.
Berikut adalah di antara kerusi-kerusi yang telah dinamakan:
Kota Raja
Kuala Selangor
Alor Gajah
Sepang
Hulu Langat
Pulai
Sri Gading
Shah Alam
Parit Buntar
Temerloh
Kota Bharu
Kuala Terengganu
Pokok Sena
Tampin
Kuala Kangsar
Lumut
Muar
Pagoh
Putrajaya
Labuan
Tasek Gelugor
Kubang Pasu
Kubang Kerian
Kota Samarahan
Langkawi
Sipitang
BACA JUGA: ‘Biar bijak berkawan, bukan macam Pas’