PRN Sabah: Tiada pertembungan PH-BN, Mohamad sahkan

Tiada pertembungan kerusi akan berlaku di antara PH dan BN di dalam PRN Sabah, kata timbalan pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perkara ini disahkan oleh Mohamad meskipun perbincangan kerusi masih sedang berlangsung di antara dua komponen kerajaan Madani.

“Jentera BN pula perlu bergerak terus sampai pengundian 29 Nov bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya nanti,” katanya menurut laporan media selepas Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Contoh, Putatan semalam.

PRN Sabah akan berlangsung pada 29 Nov. Tarikh penamaan calon ialah pada 15 Nov dan pengundian awal pada 25 Nov.

Beliau turut mengesyorkan agar ketua Umno Putatan bertanding di DUN Tanjung Keramat.

Kerusi tersebut disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya yang kini digantung keahlian.

BACA JUGA: UIAM pertimbang tindakan terhadap pensyarahnya yang buat kenyataan pelik-pelik