Kes GISBH: Semua mengaku salah atas tuduhan apa?
Kesemua pimpinan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk ketua pegawai eksekutif Nasiruddin Mohd Ali dan 21 yang lain telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan menganggotai pertubuhan yang melanggar undang-undang.
Mereka berbuat demikian selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar semasa prosiding di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.
Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33 dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Terdapat lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.
Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.
BACA JUGA: PRN Sabah: Tiada pertembungan PH-BN, Mohamad sahkan