Bakal jadi trilionair pertama dunia, ini cabaran menanti Elon Musk
Oleh NAZRI HAMDAN
Elon Musk baru saja dapat “pay deal” paling gila dalam sejarah iaitu AS$1 trilion (kira-kira RM 4.2 trilion) jika dia berjaya menaikkan nilai pasaran Tesla 10 kali ganda dalam 10 tahun.
Lebih 75 peratus pemegang saham setuju sebab mereka tahu, kalau Musk ‘cabut’, Tesla boleh hilang separuh nilai dalam sehari.
Tapi bayaran mega ini tetap buat ramai pelabur besar seperti Norway Wealth Fund dan CalPERS tidak puas hati, sebab nampak macam “kultus Musk” iaitu semua ikut sahaja walaupun prestasi kewangan Tesla tengah goyah.
Ironinya, semasa pengumuman tu, Musk siap menari di atas pentas sambil peminat sorak nama dia. Cuma di sebalik sorakan itu, banyak cabaran sedang menunggu.

Tesla kena tingkatkan nilai pasaran dari USD1.4 trilion ke USD8.5 trilion, keluarkan sejuta robotaxi yang pandu sendiri, dan pastikan projek Optimus humanoid robot betul-betul jadi kenyataan.
Namun, pihak berkuasa pengawal selia Amerika Syarikat (AS) pula sedang menyiasat fungsi pandu sendiri Tesla kerana banyak kemalangan berlaku.
Dalam masa sama, hubungan Musk dengan Trump dan reputasinya yang semakin kontroversi pun buat pelabur pening.
Ada yang kata Musk ni “Tesla’s biggest asset”, tapi dalam masa sama juga “biggest liability”.
Akan tetapi, jika dia berjaya, dia bakal jadi legenda korporat dunia. Kalau gagal, USD1 trilion itu cuma tinggal mimpi futuristik saja.
BACA JUGA Dedahkan pelaku pencemaran Sungai Johor, AMANAH tuntut tindakan tegas