Amanah sasar menang 15 kerusi Parlimen PRU 16
Amanah mensasarkan untuk menang 15 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Strateginya, Sabki Yusof.
“Ini adalah sasaran yang kita buat untuk pilihan raya umum akan datang.
“Saya yakin kita boleh menang dan terima kasih kepada Pengarah Pilihan Raya yang turun setiap kawasan yang kita sasarkan.
“Tahniah dan terima kasih kepada Pengarah Pilihan Raya,” katanya ketika berucap di sessi penggulungan Konvensyen Amanah di Shah Alam hari ini.
Gendang pilihan raya mula dipalu berikutan desas desus yang ia akan diadakan tahun depan supaya ia boleh diadakan serentak dengan Melaka dan Johor.
Melaka dan Johor mengadakan pilihanraya negeri lebih awal sebelum ini. Ramai yang meminta agar pilihan raya diadakan serentak antara negeri dan umum akan datang ini.
INI BUKAN BUDAYA KITA

Tindakan perwakilan yang menghina perwakilan lain dengan mengeboo mereka dikecam dan disifatkan sebagai cuba membawa budaya baru ke dalam Amanah.
“Ini bukan budaya kita ni. Ini budaya yang cuba ditanamkan kepada kita ini. Kita kecam tindakan ini,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Haji Khalid Samad.
Khalid mengulas tindakan perwakilan yang mengeboo perwakilan lain ekoran kekecohan berhubung dengan usul mengenai pemilihan parti.
Bagi Khalid, Amanah perlu mengutamakan budaya baik dalam parti dan jangan sekali-kali membawa budaya asing ke dalam Amanah.
Pandangan Khalid disokong oleh Ketua Pemuda Amanah Nasional, Hasbie Muda yang berucap selepas itu.
Beliau bimbang budaya ini akan merosakkan nama baik Amanah yang mula mendapat sokongan pelbagai pihak.
“Saya bimbang budaya ini akan menyebabkan anak-anak muda di luar sana menolak kita.
“Jangan ulangi budaya parti lama yang kita tinggalkan,” kata Hasbie.
Wartawan dapat kopi mahal masa buat liputan

Jarang wartawan diberikan kopi mahal semasa membuat liputan mesyuarat agung atau konvensyen parti politik.
Hari ini, semua wartawan yang membuat liputan Konvensyen Nasional 2025 Amanah yang diadakan di Shah Alam hari ini diberikan kopi mahal.
Mereka diberikan kopi ‘Hazelnut Latte’ oleh pihak penganjur konvensyen Amanah kali ini.

Beri peluang kepada wanita semasa muda
Amanah dituntut supaya memberikan peluang kepada wanita untuk menjadi calon ketika mereka masih muda.
Ini kerana, wanita sudah tidak akan bersaing lagi dengan yang lain selepas umur 65 tahun, tidak sebagaimana lelaki.
“Oleh itu, tolong berikan peluang kepada kepimpinan Wanita semasa mereka masih muda bukan tunggu umur lebih 60,” kata Aiman Athirah Aljundi, Ketua Awan Nasional Amanah.
BACA JUGA PMX dapat sambutan luar biasa di pagar lapangan terbang Kota Kinabalu