BN komited mahu ‘Bikin Balik Sabah’
Bukan sekadar slogan, Barisan Nasional (BN) sepakat untuk mengetengahkan semangat “bikin balik Sabah” dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Ia adalah komitmen untuk membawa perubahan besar di Sabah, menghidupkan lebih giat ekonomi negeri sehingga manfaatnya dapat diagih seadilnya kepada rakyat dan bukan kepada kroni.
“BN mahu ‘bikin balik’ Sabah. Kali ini bukan sekadar slogan, tetapi pelaksanaan sebenar untuk mengembalikan perpaduan dan kestabilan negeri
“Parti yang tidur pun mahu masuk bertanding. Dulu ada 14 parti politik (dalam PRN16) tetapi PRN kali ini bukan pesta logo.
“Rakyat mahu kerajaan yang boleh selesaikan masalah di Sabah, dan diselesaikan segera,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Sabah, hari ini.
Menurut Zahid, fokus BN kini adalah memastikan slogan “Bikin Balik Sabah” diterjemahkan dalam bentuk tindakan sebenar, bukan sekadar laungan politik.
Presiden UMNO itu berkata, parti perlu memastikan PRN17 menjadi ‘game changer’ dan membawa perubahan drastik untuk rakyat Sabah.