Langkah punitif terhadap Israel antara isu panas Dewan Rakyat hari ini

Langkah punitif terhadap Israel yang telah diambil susulan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Arab – Islam di Doha, Qatar adalah antara isu hangat yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perkara ini akan dibangkitkan dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat.

Selain itu program ekonomi baharu dalam bidang pertanian turut dibangkitkan oleh Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula menyoal berkenaan tahap keterjaminan makanan alam keadaan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Dua pindaan rang undang-undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan dan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran.

Kedua-duanya dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia.

BACA JUGA: Anwar jawab soalan penduduk isu 40 peratus hak SabahÂ