Kasut mewah Annuar Musa jadi perhatian
Kehadiran Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa, pada majlis pelancaran jentera gabungan itu malam tadi menjadi perhatian.
Beliau didakwa mengenakan sepasang kasut mewah yang dianggarkan berharga ribuan ringgit.
Ia mendapat tumpuan pengguna media sosial selepas foto beliau dimuat naik di laman Facebook Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Dari perkongsian di media sosial, seorang pengguna Facebook mendakwa ia adalah kasut dari jenama Hermes yang berharga sekitar RM7,000.
Ini bukan kali pertama bekas menteri itu dikritik kerana barangan berjenama.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri tahun lalu, beliau turut menerima teguran selepas tampil berpakaian mewah ketika berkempen dan bertemu penduduk kampung orang Asli.
Pada waktu itu beliau mempertahankan tindakannya, mengatakan ia dibeli menggunakan wangnya sendiri.
BACA JUGA Isu 40% Sabah: Kerajaan akan tentukan esok, sama ada mahu failkan rayuan atau tidak