Orang ramai dinasihat berhati-hati, Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Khamis ini, 13 November sehingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, menjangkakan akan berlaku lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh tersebut.
Menurut Bernama, hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.
“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya.
Beliau menasihati orang ramai sentiasa memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline 1-300-22-1638.
BACA JUGA Letupan periuk api menggugat Kuala Lumpur Peace Accords yang diusahakan Malaysia