Menteri Pertanian berjaya tangani empat isu kritikal

Oleh WAN ZAMZAHIDI WAN ZAHID

Saya ada terlihat satu portal berita menyiarkan satu petikan daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bahawa beliau akur jika ada pertukaran portfolio dalam rombakan kabinet.

Apa yang saya baca dalam komen, ramai yang mengatakan bahawa Mat Sabu tidak berfungsi atau tidak ‘perform’ sebagai menteri.

Saya mempunyai pendapat yang sangat berbeza. Sebagai menteri yang ditugaskan untuk menjaga portfolio pertanian dan keterjaminan makanan, saya melihat ada banyak usaha telah beliau dan kementeriannya usahakan. Bagi saya, beliau jauh lebih baik dari menteri-menteri sebelumnya.

Jom saya kupas mengikut isu-isu tertentu.

1) Harga ayam

Harga ayam mentah di pasaran agak stabil dan tidak melonjak, serta mempunyai bekalan yang berterusan. Sebelum ini, penternak mempunyai masalah dengan bekalan bijirin makanan ternakan dengan harga tidak menentu yang memberikan impak kepada harga ayam. Inisiatif mewujudkan ladang jagung bijirin telah banyak membantu untuk menstabilkan harga makanan ternakan sekaligus menjadikan harga ayam terkawal.

2) Harga telur

Rasionalisasi subsidi telur dan kawaln terhadap ekspot benar-benar memberi kesan positif kepada harga telur di pasaran tempatan. Kalau dulu, harga telur gres A mencecah RM18.00 sepapan, kini lebih stabil pada tahap RM15.00 sepapan.

Namun begitu, kesan terhadap pengguna akhir tidak banyak kerana sepatutnya, apabila penurunan harga telur berlaku, sepatutnya akan berlaku juga penurunan pada harga makanan siap yang berasaskan telur. Dan ini tidak berlaku. Ianya bukan di bawah bidang Kementerian Pertanian tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dan Negeri dan Kepenggunaan.

3) Harga bawang

Kita mengimpot bawang dari negara luar terutama dari India. Berikutan peralihan iklim dan sebagainya, mereka telah menaikkan harga bawang dan tindakan telah dilakukan oleh Kementerian Pertanian untuk mewujudkan ladang bawang di negara kita dan sedikit sebanyak, ia akan memberi kesannpositif jangka panjang.

4) Beras tempatan

Isu beras tempatan perlu dilihat dengan rasional, bukannya emosional. Sebelum ini, kita mengimpot sekitar 32 ke 35% beras dari India, Thailand dan Vietnam. Pada masa itu, tiada isu terlihat kerana harga beras tempatan dan impot lebih kurang sama, antara RM12 ke RM16 untuk 5 kg.

Namun, sekitar tahun 2023, India menghadkan ekspot beras ke Malaysia menjadikan bekalan terhad dan harga beras impot meningkat. Bila harga meningkat, ramai pengguna yang sebelum ini membeli beras impot, bertujar ke beras tempatan. Bayangkan, bekalan ada sekitar 65% tetapi permintaan menjadi 75% secara tiba-tiba, sebab itu, beras tempatan berkurang di pasaran.

Di samping itu juga, ada sebilangan pemain industri beras, telah mengambil kesempatan untuk membungkus semula beras tempatan sebagai beras impot untuk mendapat keuntungan lebih. Ini memburukkan lagi situasi.

Kawalan bekalan oleh kartel juga telah menambahkan garam pada luka sedia ada. Mereka menyimpan stok beras tempatan untuk mewujudkan keperluan tinggi untuk peluang menaikkan harga.

Operasi demi operasi telah dijalankan untuk mengawal keadaan ini dan sekitar hujung tahun 2024, bekalan beras tempatan agak pulih.

Dalam pada itu, Kementerian Pertanian tidak berdiam diri, mereka telah mengusahakan sesuatu untuk meningkatkan bekalan beras tempatan dengan sasaran untuk mencapai 70 peratus.

Salah satu cara adalah memperkenalkan sistem penanaman padi lima musim dalam dua tahun. Ini secara terus akan meningkatkan keupayaan penghasilan untuk beras tempatan.

Di samping itu juga, kajian terus dijalankan oleh agensi di bawah kementerian untuk meningkat peratus keberhasilan padi dengan benih-benih padi yang lebih baik dan tahan lasak.

Bagaimanapun, semua usaha ini, walaupun menampakkan hasil, namun memerlukan tenpoh yang lama untuk berhasil.

Namun, perlu diingat, tempoh yang lama itu sekalipun, jika dimulakan sekarang pasti kita akan dapat nikmati hasilnya.

Jadi, secara peribadi, saya beranggapan bahawa YB Mohammad bin Sabu, benar-benar berfungsi sebagai Menteri Pertanian dan harus dikekalkan supaya usaha yang telah bermula ini, dapat diteruskan.

BACA JUGA Baling kopi panas: Hak pelanggan ada had, maruah pekerja ada nilai