Bukan hanya lawan dolar AS, ringgit juga kukuh berbanding banyak mata wang dunia

Nilai ringgit terus menunjukkan prestasi positif, mengukuh bukan sahaja berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi juga berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ia dilihat sebagai perkembangan yang mencerminkan meningkatnya keyakinan pelabur terhadap hala tuju ekonomi di bawah dasar kerajaan MADANI.

Pemerhatian pasaran menunjukkan ringgit kini berada pada paras terkuat dalam tempoh 13 bulan, ekoran kelemahan dolar AS berikutan data ekonominya yang lemah.

Ringgit mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun yang kali terakhir dicatatkan pada 30 September 2024 apabila ditutup pada 4.1210 berbanding dolar AS.

Dalam masa sama, ringgit turut meningkat berbanding rakan serantau dan mata wang utama lain iaitu sekitar S$0.315 bagi 1 ringgit dan €0.209 bagi 1 ringgit, menandakan prestasi serampang tenaga terhadap mata wang Asia dan Eropah.

Pengukuhan ringgit merentas beberapa mata wang utama menjadi isyarat awal bahawa pelabur memberi reaksi positif terhadap naratif pemulihan ekonomi MADANI.

Penganalisis pasaran memberi beberapa punca kepada pengukuhan ini, antaranya harapan bahawa dasar fiskal dan inisiatif pelaburan kerajaan MADANI memperbaiki prospek pertumbuhan selain aliran modal asing yang kembali ke pasaran ekuiti Malaysia.

Gabungan faktor dalaman dan luaran seperti pemulihan pasaran global yang mengurangkan permintaan untuk aset selamat menjadikan ringgit lebih berdaya tahan.

BACA JUGA Inilah punca utama Konvensyen AMANAH jadi kecoh