Selangor bentang belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion, defisit RM430 juta
Kerajaan negeri Selangor hari ini membentangkan belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion, meningkat sebanyak 7.67 peratus berbanding belanjawan 2025.
Jumlah tersebut merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah 1.86 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan pula sebanyak RM1.37 bilion.
“Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjumlah RM2.8 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM3.23 bilion, maka Belanjawan 2026 mengalami defisit dianggarkan berjumlah RM430 juta,” katanya dalam sidang DUN hari ini.
Beliau berkata, unjuran defisit berjumlah RM430 juta bagi tahun Belanjawan 2026 akan dibiayai sepenuhnya melalui baki Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.608 billion
Belanjawan kali menjadi peruntukan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu RM3 bilion (2025), RM2.53 bilion (2024) dan RM2.45 bilion (2023).
BACA JUGA Penangan ringgit melonjak, rakyat Malaysia serbu tukar duit Indonesia