Penamaan calon bermula hari ini

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 bermula jam 9 pagi ini hingga 10 pagi.

Kesemua calon perlu menyerahkan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai mereka yang layak bertanding.

73 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRN kali ini.

Calon mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen sehingga 11.59 malam pada 28 November ini.

Penamaan calon di beberapa lokasi hari ini meriah dengan diringi ratusan penyokong masing-masing.

Pemimpin-pemimpin tertinggi AMANAH mengiringi satu-satunya calon AMANAH di Sabah iaitu Mohd Julpikar di DUN Sulabayan, Semporna
Pemimpin tertinggi DAP bersama calon DUN Tanjung Aru, Chan Foong Hin
Bung Mokhtar diiringi penyokong untuk penamaan calon DUN Sri Lamag, Kinabatangan