596 calon sah bertanding PRN Sabah – SPR

Seramai 596 calon mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah ke-17, menurut pemakluman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Berdasarkan jadual pecahan parti parti bertanding, PH bertanding 22 kerusi, BN 45 kerusi dan PN 42 kerusi.

Pecahan parti-parti bertanding adalah seperti seperti berikut:

1. BEBAS – 74

2. PARTI WARISAN SABAH (WARISAN) – 73

3. PARTI IMPIAN SABAH (PIS) – 72

4. PARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) – 55

5. PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU (STARSABAH) – 46

6. BARISAN NASIONAL (BN) – 45

7. PERIKATAN NASIONAL (PN) -42

8. PARTI KESEJAHTERAAN DEMOKRATIK MASYARAKAT (KDM) – 40

9. PERTUBUHAN KINABALU PROGRESIF BERSATU (UPKO) – 25

10. PAKATAN HARAPAN (PH) – 22

11. PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS) – 20

12. PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI) -17

13. PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH (PPRS) – 16

14. PARTI BUMI KENYALANG (PBK) – 14

15. PARTI RUMPUN SABAH (RUMPUN) – 7

16. PARTI MAJU SABAH (SAPP) – 6

17. PARTI DAMAI SABAH (SPP) – 5

18. PERJUANGAN RAKYAT (PR) – 5

19.PERTUBUHAN GEMILANG ANAK SABAH (GAS) – 3

20. PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM) – 3

21. PARTI ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (ASPIRASI) – 3

22. PARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG) – 1

23. PARTI BERSATU SASA MALAYSIA (BERSAMA) – 1

24. PERTUBUHAN PERPADUAN RAKYAT KEBANGSAAN SABAH (PERPADUAN) – 1

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga jam 11.59 malam, 28 November 2025.

SPR telah menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

 Untuk makluman, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membuka bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam bermula dari 10 November 2025 sehingga 5 Disember. 

Bilik Gerakan SPRM beroperasi di Pejabat SPRM Negeri di Kota Kinabalu (017-8478740/088-488381) dan Cawangan; 

cawangan Pejabat SPRM Sandakan (011-18669877 / 089-668746), Tawau (089-772743), Keningau (016-5771521 / 087-336761) serta Lahad Datu (089-868769). Sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa juga boleh disalurkan menerusi e-mel prnsabah@sprm.gov.my.