SPR sahkan Pejuang tak bertanding di Sabah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Parti Pejuang Tanahair tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sabah ke-17.

Ia turut memaklumkan seramai enam calon mewakili Parti Perjuangan Rakyat bertanding.

Sebelum ini SPR mengumumkan bahawa Pejuang mencalonkan Lasius Miki di DUN Kapayan.

Ketua penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali menyatakan calon tersebut diberikan logo Pejuang di dalam laman sesawang SPR.

BACA JUGA: Penyokong Warisan nyanyi lagu roti Gardenia depan penyokong PN