Calon PH Silam tarik diri: Ini pandangan Datuk Seri Saifuddin
Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengesahkan penarikan calon Silam Abdul Halim Sidek Gulam Hassan adalah bertujuan untuk mengurangkan pertembungan dan meningkatkan peluang menang rakan sekutu.
“Sebagai orang yang mengetuai perundingan, saya sebutkan beberapa kali sebelum ini pada rakan-rakan media. Tugas saya adalah memuktamadkan perundingan kerusi, itu tercapai.
“Kemudian meminimakan sebarang potensi pertembungan. Jadi bila ada pertembungan, kita cuba minimumkan.
“Walaupun setelah keputusan dibuat untuk dia menghantar kertas (pencalonan) tetapi akhirnya saya ucap terima kasih kepada calon berkenaan kerana kita telah melakukan perundingan dan beliau bersetuju,” katanya pada sidang bersama calon PH bagi DUN Api-Api, Thonny Chee.
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapa Sakmud, mengesahkan bahawa calon parti itu bagi kerusi Silam telah menarik diri daripada saingan di DUN Silam.
“Keputusan Abdul Halim menarik diri adalah peribadi dan dibuat tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.
“Walaupun tidak bertanding, Abdul Halim telah menyatakan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan.
“PKR Sabah menghargai iltizam beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat dan Sabah
Sementara itu Saifuddin turut menyentuh berkenaan tarikh pengumuman manifesto PH.
“PH masuk (bertanding dalam PRN Sabah) ini tak sampai satu pertiga daripada 73 (kerusi).
“Kalau manifesto kami, manifesto untuk menjadi regu strategik yang penting ke arah penubuhan kerajaan negeri. Jadi, itu akan kami muktamadkan kerana kempen baru 10 hari.
BACA JUGA: Calon PH Silam tarik diri