Calon PH DUN Silam tak boleh tarik diri, nama kekal dalam kertas undi – SPR
Penarikan diri calon Pakatan Harapan, Abd Halim Sidek Gulam Hassan di kerusi DUN Silam tidak sah, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, beliau merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, yang menyatakan bahawa;
“tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10.00 pagi pada hari penamaan”.
Oleh demikian, calon PH bagi Bahagian PRN N.62 Silam kekal di dalam kertas undi bahagian pilihan raya berkenaan.
Terdahulu Abdul Halim mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Keputusan itu difahamkan dibuat selepas perbincangan dengan pimpinan tertinggi PH.