Ini dia pihak pengendali premis penginapan yang tak perlu bayar cukai pelancongan
Kementerian Kewangan mengesahkan ada empat pengendali premis penginapan yang dikecualikan daripada pendaftaran dan tidak dikenakan cukai pelancongan di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017.
“Pengendali premis penginapan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
i. pengendali Homestay yang berdaftar dengan MOTAC;
ii. pengendali Kampungstay yang berdaftar dengan MOTAC;
iii. premis penginapan yang dikendalikan oleh dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau badan berkanun,
pihak berkuasa tempatan atau institusi pendidikan tinggi swasta;
iv. institusi pendidikan swasta yang menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar warganegara asing yang berdaftar
dengan institusi berkenaan.
Pelancong warga Malaysia dan pemastautin tetap juga dikecualikan daripada cukai tersebut selaras dengan Perintah Cukai Pelancongan (Pengecualian) 2017.
Cukai hanya dikenakan ke atas pelancong warga asing pada kadar RM10 semalam per bilik.
Pelancong asing yang membuat tempahan premis penginapan secara atas talian melalui pemberi perkhidmatan platform digital juga dikenakan cukai sejak Januari 2023.
Pengendali premis penginapan yang tidak berdaftar boleh dikenakan denda RM30,000 atau penjara 1 tahun di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017.
Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) yang bertanya berkenaan kutipan cukai ke atas hotel bajet dan penginapan persendirian.