Ringgit kini RM4.14, mata wang paling kukuh di Asia
Ringgit mencatatkan peningkatan lagi minggu ini, menjadi mata wang paling kukuh di Asia berbanding beberapa negara jiran lain.
Pagi ini ringgit berada sekitar RM4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ia menguat 8.15 peratus berbanding USD sejak awal tahun hingga 19 November 2025.
Rupiah Indonesia jatuh paling teruk, susut 3.5% dan ditutup pada Rp16,717 per USD.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7741/8182 daripada 12.7977/8191, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1755/1845 daripada 3.1810/1851.

BACA JUGA SPRM cari Adam Radlan, menghilang lepas bayar penalti RM4.1 juta