DAPSY teguh bersama Woo Kah Leong, tolak tuntutan Pemuda Pas

Pemuda Sosialis DAP Selangor (DAPSY Selangor) telah menetapkan pendirian untuk berdiri teguh Bersama Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong dan menolak tuntutan Pemuda Pas Selangor.

“Jika Pemuda Pas Pas begitu menekankan akhlak politik mengapa mereka tidak mengeluarkan memorandum terhadap pemimpin atau ahli mereka sendiri yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kebencian agama atau penghinaan lebih biadab?

“Kami hairan bagaimana mereka boleh menjemput kami untuk menerangkan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) apabila tindakan mereka bercanggah dengan apa yang dilaungkan,” kata DAPSY dalam satu kenyataan.

DAPSY Selangor turut menggesa Pemuda Pas agar fokus kepada isu dasar dan isu rakyat.

Woo dalam hantaran media sosialnya menyifatkan majlis pecah tanah di Kedah Rubber City yang tular kerana tulisan Bahasa Cina mencerminkan peribahasa meludah ke langit terkena muka sendiri.

Woo turut mengingatkan bahawa bekas pesuruhjaya pas telah memfitnah bahawa warga Malaysia berketurunan Cina telah mengangkat bendera negara.

Tidak dilupakan juga tuduhan bahawa perempuan Cina terlibat dalam serangan terhadap Sultan Perak semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Ipoh dan kes melibatkan Jalur Gemilang.

Dewan Pemuda Pas Selangor mendakwa Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong menggunakan poster penghinaan terhadap ulama dan pimpinan utama Pas.

Ketua Pemuda Pas Selangor Sukri Omar mendakwa ini menyerlahkan kemerosotan akhlak DAP yang tidak sihat dan akan menyumbang kepada defisit kepercayaan rakyat.

Oleh itu Pemuda Pas Selangor menuntut Woo memohon maaf secara terbuka dan menarik balik hantaran kandungan tersebut. Mereka juga mahu menerangkan konsep BPMS.