Amiruddin dah cadang Izzah jadi MB Selangor

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari sudahpun mencadangkan agar timbalan presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengambil alih jawatannya dan menjadi Menteri Besar Selangor wanita yang pertama.

“Amin… Macam mana nak sebut? Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk landing Puan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi atau stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya.

“Sejujurnya sebenarnya saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri. Terpulang kepada beliau untuk mengambil cadangan itu atau tidak,” kata Amiruddin ketika menjawab cadangan pengacara rancangan audio siar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdahulu Khairy memberikan cadangan supaya Nurul Izzah diangkat sebagai Menteri Besar Wanita pertama di Malaysia.

“Sekiranya ada restu daripada institusi yang lebih tinggi di peringkat negeri, Izzah akan ke Selangor bertanding kerusi DUN dan boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar wanita pertama di Malaysia.

“Dia akan diberikan pengalaman pentadbiran dari arms length bapa dia. Kalau dia masuk cabinet nampak tak cantiklah,” kata Khairy.