Tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang dari sudut Perlembagaan

REZA ZAINAL

Kerajaan Kedah mahu Pulau Pinang membayar ‘Pajakan’ dari RM10 000 (dan juga tambahan RM10 juta) kepada RM100 juta.

Dokumen undang-undang yg paling tinggi dalam negara adalah Perlembagaan negara Malaysia.

Jadi semua argumen akhirnya kena merujuk Perlembagaan.

Apa Perlembagaan menyebut pasal Pulau Pinang..?

Pertamanya, Pulau Pinang diiktiraf sebagai sebuah NEGERI, antara 13 negeri yg lain.

Pulau Pinang bukan tanah jajahan Kedah lagi.

Ini disebut dalam fasal 1(2).

(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah,

Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau

Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Jadi Pulau Pinang diiktiraf sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan.

Bagaimana pulak dengan masaalah pajakan Pulau Pinang yg dibayar kepada kerajaan Kedah..??

Pajakan Pulau Pinang bermula bila Francis Light memajak pulau itu dari Sultan Kedah tahun 1786.

Ada yg bertanya, kalau Malaysia dah merdeka kenapa perlu teruskan membayar pajakan pada negeri Kedah.

Kita kena melihat Perlembagaan Perkara 167 (1-5).

Hak, liabiliti, obligasi pihak British selepas Merdeka akan ditanggung Persekutuan dan Pulau Pinang disebut secara khusus.

Ini diteruskan dengan Perkara 169.

(a) apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen yang dibuat sebelum Hari Merdeka antara Baginda Ratu atau pendulu-pendulunya atau Kerajaan United Kingdom bagi hak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan suatu negara la hendaklah disifatkan sebagai suatu triti, perjanjian atau konvensven antara Persekutuan dengan negara yang lain itu.

Jadi kerajaan Malaysia kena meneruskan semua perjanjian yg telah berlaku semasa British memerintah termasuk bayaran pajakan.

Ulasan saya mengenai cubaan Kerajaan Kedah khasnya Sanusi utk menambahkan nilai pajakan kepada RM100 juta adalah percubaan yg akan gagal.

Daripada buat kerja sia-sia adalah lebih baik memajukan negeri Kedah dari cubaan kerja goyang kaki nak dapat duit percuma.

Ini bukan pertama kali kerajaan Kedah cuba memeras Pulau Pinang, sebelum ini nak caj penggunaan air dari sungai.

Itu pun gagal.