Nurul Izzah MB Selangor? Ini reaksi PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu menahu berkenaan cadangan menjadikan timbalan presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai Menteri Besar Selangor,

“Itu pandangan dia. Dia tidak bangkitkan perkara ini kepada saya,” kata Anwar selepas makan malam bersama rakyat Malaysia di Johnnesburg, Afrika Selatan.

Beliau merujuk kepada cadangan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang diungkapkan dalam rancangan audiosiar Keluar Sekejap.

Amirudin turut menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas di peringkat persekutuan.

“Bila pilihan raya? Bila kita adakannya, kita bincang perkara ini,” kata Anwar.

BACA JUGA: Amiruddin dah cadang Izzah jadi MB Selangor