Kedudukan UPKO di Dewan Rakyat: Apa kata Yang Dipertua Dewan Rakyat?

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul enggan mengulas mengenai sebarang perubahan kedudukan UPKO yang telah keluar daripada Pakatan Harapan kerana belum menerima sebarang notis rasmi.

Saya belum menerima sebarang surat. Jadi, saya tidak boleh mengulas sehingga saya menerima surat itu.

“Buat masa ini, belum ada apa-apa. Tiada apa-apa,” katanya ketika ditanya di Putatan, Sabah.

UPKO meninggalkan PH pda 10 Nov susulan rancangan Putrajaya untuk memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan hasil 40 peratus Sabah.

UPKO memegang dua kerusi. Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mewakili Tuaran manakala Datuk Ewon Benedick ialah ahli parlimen Penampang .

Ewon juga telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum itu.

Ewon mempertahankan kerusi Kadamaian dalam persaingan enam penjuru manakala Wiflred Madius pula bertanding di DUN Tamparuli.

BACA JUGA: Tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang dari sudut Perlembagaan