Surat sokongan cadangan kontraktor terbongkar, rupanya projek kerajaan negeri

Projek pemulihan dan pembaikan jalan yang terjejas akibat hakisan ombak di Jalan Batu Rakit ke Mengabang Telipot, Terengganu rupanya sahih memang projek kerajaan negeri.

Menerusi surat dikongsikan Facebook Greater Terengganu Development (GTD), Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat mencadangkan nama sebuah syarikat bagi tujuan projek tersebut.

Surat bertarikh 26 Januari dan ditandatangani pemimpin Pas yang pernah menggemparkan negara dengan menuang air oren ke dalam nasi itu ditujukan kepada Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

“Siapa yang kata projek bermasalah tu milik kerajaan Pusat, baca sendirilah surat ni. Malas admin nok sensor.

“Pada 2024, kontraktor yang dicadangkan nama oleh Exco itu masih lagi bertaraf G4 (maksimum kontrak RM3 juta).

“Tapi tiba-tiba naik gred kepada G5 supaya dapat ambil projek dengan nilai maksimum RM5 juta.

“Projek yang runtuh dua kali itu bernilai RM4.95 juta,” dakwa GTD dalam hantaran yang meraih perhatian ribuan warganet itu.

Sehubungan itu, pentadbir laman sosial berkenaan menegaskan bahawa projek bermasalah tersebut terbukti memang projek kerajaan negeri.

“Jadi jangan fitnah pihak lain termasuk kerajaan pusat. Tak berbaloi pun buat fitnah ini,” tegasnya.

Dalam masa sama, GTD menempelak sikap pembangkang yang sebelum ini mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan susulan penyebaran surat Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memajukan beberapa nama kontraktor pakar.

“Sekarang, hok tulis surat ni kita nok desak pecat ke dok? Sebab itu, hidup ni jangan hipokrit.

“Kalau kita syak ada rasuah, lapor kepada SPRM. Jangan tuduh saja,” kata pentadbir GTD itu lagi.

BACA JUGA Gempar anggota polis wanita tergamak komen ‘hapuskan PMX tak guna’