Sokongan padu Sulabayan kepada calon PH

Baki lebih kurang lima hari lagi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung, calon-calon yang bertanding kini giat turun padang untuk memenangi hati pengundi.

Mereka menawarkan manifesto serta pelan tindakan yang menumpukan kepentingan rakyat. 

Di DUN Sulabayan, yang ditandingi calon AMANAH, Dr. Mohd Zulfikar Ab Mijan, penerimaan pengundi setakat ini dilihat agak baik dengan kehadiran ramai penduduk di setiap siri program kempen yang dijalankannya.

Salah seorang penduduk Pulau Bum Bum berkata, Mohd Zulfikar seorang calon yang mesra rakyat dan antara yang ke depan mengambil tahu isu-isu berlaku di kampung berkenaan.

Mereka mengharapkan calon Pakatan Harapan itu mampu membawa sinar baru kepada penduduk dan menyelesaikan segala permasalahan yang sudah lama membelenggu penduduk.

Mereka juga menganggap Pakatan Harapan tidak tersilap apabila mencalonkan Zulfikar di DUN tersebut.

BACA JUGA Penjajahan moden masih wujud di Gaza, seruan kepada Kerajaan Malaysia untuk bertindak