SST ke atas transaksi penjual, laman sesawang luar negara antara isu panas Dewan Rakyat
Sesi Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Tan Hong Pin (PH-Bakri) menyoal Menteri Kewangan berkenaan mekanisme pengutipan SST ke atas transaksi atas talian yang melibatkan penjual atau laman sesawang luar negara.
Secara terperinci, Tan mahu mengetahui jumlah kutipan cukai ke atas transaksi atas talian sejak 2021 hingga kini dan barang import melalui laman sesawang luar negara yang dikecualikan SST dan sebabnya semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula bertanya berkenaan langkah penambahbaikan peruntukan undang-undang keluarga Islam bagi memastikan ibu bapa dijaga.
Sesi jawab lisan pula menyaksikan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta rancangan terperinci Kerajaan merangka undang-undang baharu menangani buli yang berleluasa.
Debat ke atas Belanjawan 2026 berterusan hari ini.