Penerimaan baik terhadap calon AMANAH di DUN Sulabayan

FOTO BERITA: Ziarah Kasih & Bual Bicara Santai bersama calon N.64 Sulabayan Uts Zulfiqar Ab Mijan di Pulau Sumandi, Semporna, Sabah. 24hb November 2025 (Isnin)

SULABAYAN, — Penerimaan pengundi terhadap calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr. Mohd Zulfikar Ab Mijan, dilihat semakin positif apabila setiap program kempen yang dijalankannya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Menurut penduduk Pulau Bum Bum, Dr. Mohd Zulfikar dikenali sebagai seorang calon yang mesra rakyat serta aktif turun padang untuk memahami isu dan permasalahan di kampung-kampung dalam DUN berkenaan.

“Beliau antara yang terawal bertanya khabar dan melihat sendiri masalah yang kami hadapi. Penduduk senang dengan sikapnya yang tidak kekok bergaul dengan masyarakat,” kata salah seorang penduduk ketika ditemui.

Penduduk turut menyuarakan harapan agar calon Pakatan Harapan itu mampu membawa perubahan baharu dan menyelesaikan isu-isu lama yang sekian lama membelenggu mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa keputusan Pakatan Harapan meletakkan Dr. Mohd Zulfikar sebagai calon di DUN Sulabayan adalah langkah yang tepat berdasarkan komitmen serta keterlibatannya bersama masyarakat setempat.