Sibuk ‘karaoke’ di Sabah, MP Hulu Langat balik segera bila banjir melanda

Ahli parlimen Hulu Langat Sany Hamzan ditohmah sibuk berkaraoke di Sabah segera kembali ke kawasannya yang terjejas akibat banjir.

Usaha karaoke yang dibuat oleh Sany adalah sebahagian daripada strategi kempen pilihan raya negeri Sabah.

Sany yang juga pengarah pilihan raya AMANAH telah ke Sabah untuk berkempen membantu calon parti di Sulabayan.

Ternyata tohmahan-tohmahan yang dilontarkan itu meleset.

Meskipun sibuk, kebajikan penduduk kawasannya tetap menjadi keutamaan. Beliau tidak sempat bertukar pakaian dan berjumpa dengan pegawai dari jabatan berkenaan untuk mendapat perkembangan terkini.

Beliau turun ke kawasan dan meninjau usaha bantuan kepada penduduk yang terjejas.

BACA JUGA: Syarikat pelaksana projek hakisan pantai dipengerusikan Exco Terengganu