85% pengundi awal PRN Sabah sudah mengundi hingga jam 1 tengahari

Nampaknya peratus keluar mengundi untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah kali ini akan tinggi berdasarkan jumlah keluar pengundi awal hari ini.

Sehingga jam 1 tengahari, sudah 84.66% pengundi awal sudah membuang undi masing-masing.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hingga jam 10 pagi tadi, 46.90% sahaja keluar mengundi.

Namun ia meningkat mendadak menjelang jam satu tengahari.

Seramai 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab hari ini bagi memilih wakil rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula tepat 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat.

BACA JUGA BN beri sokongan penuh kepada calon PH di Sulabayan