Dr Zambry turun bantu calon PH Sulabayan

Setiausaha agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turun membantu calon Pakatan Harapan Sulabayan Zulfikar A Mijan dari AMANAH pada hari ini.

Beliau mendedahkan bahawa Zulfikar ialah anak saudara kepada Adun Sulabayan terdahulu Abdul Manan Indanan yang kini bertanding di DUN Bugaya.

Zambry turut mengulangi semangat berunding di antara BN dan Pakatan Harapan dan betapa Abdul Manan tidak merajuk sebaliknya mahu membantu dalam kempen Zulfikar.

“Amanah turut nyatakan hasrat nak bertanding. Dapat satu mai sini pula. Macam manalah aku nak berhadap Manan. Badan besar orang handsome. Dia masih available sebab isteri meninggal.

“Itulah semangat berunding. Panggil Abdul Manan Indanan (mantan ADUN Sulabayan, calon Bugaya). Bukan senang. Dia dipertanggungjawab jaga Sulabayan. A

“Akhirnya dia terima keputusan parti. Dia bertanding di kalangan mereka sendiri.

“Dia kata, “kalau dah takdir, saya terima. Saya akan bantu.”

Dia bukan merajuk. Dia tahu bilangan orang setiap rumah.

“Dia akan bantu. Kalau ada masalah, dia akan bantu atasi.

“Itulah hakikat kita nak kerjasama.”

Zulfikar berdepan pertandingan lapan penjuru pada 29 Nov.

Manan di Bugaya berdepan pertandingan sembilan penjuru.

BACA JUGA: Samakan bahtera Warisan dengan Bahtera Nabi Nuh: Minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataan, Chin Tek Ming