Dulu ada tunaikan? – Anwar persoal rekod kerajaan terdahulu dalam isu MA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan untuk melaksanakan tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Anwar berkata, rundingan dalam menyelesaikan hak-hak Sabah akan lebih mudah dilaksanakan jika hubungan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam keadaan baik.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memuji kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Datuk Seri Hajiji Noor, yang disifatkan bekerja untuk kepentingan semua rakyat Sabah.
Beliau turut mempersoalkan rekod kerajaan terdahulu yang menurutnya tidak pernah menyelesaikan hak-hak dalam MA63.
“Dulu ditunaikan? Kerajaan dulu ada tunaikan? Sebut pun tidak. Ini kerajaan sekarang yang bangkitkan isu ini.
“Tengok MA63 ini, kali pertama kerajaan negeri minta dipulang dan di Persekutuan kita setuju.
“Tetapi ia ambil masa kerana perlu pinda undang-undang di Parlimen,” katanya menurut Astro Awani.
Perdana Menteri berucap dalam Majlis Temu Rapat dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan, hari ini